Berita Utama

Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia

Untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke negeri itu

KUCHING, 7 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu tembok ataupun pagar dibina di kawasan-kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke negeri ini.

Beliau berkata Sarawak juga mencadangkan supaya sebuah lebuh raya sepanjang 1,032km di sempadan dibina dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak di selatan negeri ini sehingga ke Lawas, daerah paling utara yang dianggarkan menelan kos RM24 bilion.

“Mengenai pembinaan tembok dan pagar, Sarawak memerlukan bantuan Putrajaya (Kerajaan Persekutuan). Lagipun kami bukan hanya melindungi kawasan Sarawak tetapi Malaysia juga,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada Bernama.

Beliau berkata dalam lawatannya ke Telok Melano baru-baru ini, satu kawasan sempadan di hujung selatan Sarawak, beliau dapat melihat sebuah kampung, sebatang jalan di bina Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan satu jalan tikus berhampiran sempadan.

“Tidak kurang daripada 70 laluan sedemikian dari Telok Melano ke Lawas. Ia adalah satu cabaran bagi kami,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button