Berita UtamaDunia

Pejabat kedutaan Arab Saudi di Tehran kembali beroperasi

Tujuh tahun ditutup, pembukaan semula dibuat selepas Alireza Enayati dilantik sebagai Duta Iran

TEHRAN, 23 Muharam 1445H, Khamis – Kedutaan Arab Saudi di Tehran kembali beroperasi minggu ini selepas lebih tujuh tahun ditutup, lapor agensi berita IRNA, semalam.

Agensi berita yang memetik sumber rasmi di Kementerian Luar mengesahkan Kedutaan Arab Saudi di Iran itu membuka semula operasi sejak tiga hari lalu.

Jun lalu ketika, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal dalam lawatannya ke Tehran mengumumkan Kedutaan Arab Saudi akan dibuka semula tidak lama lagi, tetapi tidak menyatakan tarikh yang tepat.

Januari 2016, kedua-dua negara itu bertindak memutuskan hubungan selepas Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan konsulat di Mashhad diserang oleh kumpulan yang berang susulan hukuman mati terhadap seorang ulama Syiah Arab Saudi.

Bagaimanapun, pada April 2021 kedua-dua negara memulakan perbincangan semula bagi meredakan ketegangan diurus oleh Iraq dan Oman.

Akhirnya selepas hampir dua tahun, kejayaan itu dicapai dengan ihsan China.

Iran kemudian mengambil keputusan membuka semula kedutaannya dan konsulat di Riyadh serta misi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah pada awal Jun lalu.

Pembukaan semula operasi kedutaan itu dibuat selepas diplomat kanan dan bekas Duta Iran ke Kuwait, Alireza Enayati dilantik sebagai Duta Iran ke Arab Saudi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button