Berita Utama

Aidiladha: Selangor beri cuti Jumaat kepada penjawat awam

Arahan tak tertakluk kepada badan berkanun, anak syarikat dan swasta

SHAH ALAM, 8 Zulhijjah 1444H, Selasa – Kerajaan Selangor bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan pada Jumaat ini (30 Jun) kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri sempena sambutan Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan berkenaan berikutan pengisytiharan tarikh Aidiladha yang jatuh pada Khamis, 29 Jun bersamaan 10 Zulhijah 1444H.

Beliau berkata, kemudahan cuti tambahan tersebut adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) dan khusus kepada semua penjawat awam di jabatan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.

“Bagaimanapun badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Pentadbiran Kerajaan Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button