Berita Utama

Wanita rugi lebih RM350,000 terpedaya skim pelaburan

Keuntungan wang yang dijanji pada mangsa tak dibayar

JOHOR BAHRU, 9 Muharram 1445H, Khamis – Seorang wanita warga tempatan kerugian sehingga RM350,793.71 kerana terpedaya dengan skim pelaburan yang dikenali sebagai ‘C CHARGE’, tahun ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP M S Balveer Singh berkata, pihaknya, menerima laporan berkaitan kejadian yang menimpa wanita berusia 47 tahun itu pada 15 Jun lepas, kira-kira pukul 12.49 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan, skim pelaburan ini mula beroperasi sejak Mac 2023 dan menawarkan pulangan sebanyak 100 peratus daripada jumlah wang yang dilaburkan oleh mangsa.

“Bagaimanapun, setelah mangsa membuat pindahan wang keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada itu, beliau berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun, yang merupakan pemilik akaun bank yang menerima pindahan wang daripada mangsa bagi kes ini, Selasa lepas (25 Julai).

Balveer Singh berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan, dan boleh juga didenda. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button