Artikel Khas

Sumbangan menjelang PRN, apakah ini bukan politik wang?

Adakah ini dibenarkan undang-undang? Mana SPR?

SAYA terkejut dengan pengumuman TPM mengenai sumbangan yang diberikan kepada kelab motosikal Terengganu yang terang-terangan menyebut  Pilihan Raya Negeri.

Isunya bukanlah pada sumbangan itu sangat tetapi syarat yang dikenakan supaya memberikan undi mereka dalam Pilihan Raya Negeri kali ini. Memang tiada lapik dan segan silu langsung.

Apakah ini dibenarkan undang-undang? Apakah ini tidak dikatakan politik wang? Mana SPR?

Malah, beberapa hari lepas PMX juga ada buat pengumaman bantuan kewangan kepada penjawat awam dan belia. Selalunya bantuan sebegini diberi dalam pengumuman bajet tetapi kali ini masa PRN pula.

Apakah ada hasrat yang tersirat? Apakah ini tak termasuk dalam rasuah politik?

Dalam keadaan kerajaan begitu bersungguh-sungguh kata mahu membetulkan tatakelola dan sibuk menyerang penerima rasuah tetapi kali ini nampaknya pemimpin sendiri macam menggalakkan pula rasuah walaupun dalam bentuk undi politik.

Ini pasti tidak memberikan gambaran yang baik kepada rakyat malah rakyat akan rasa mual apabila melihat pemimpin yang kuat menipu dan “bercakap tidak serupa bikin”.

Saya risau kalau ada yang membuat laporan polis dan akhirnya PRN kali ini tidak sah macam berlaku di Kuala Terengganu. Apakah nanti akan ada PRN sekali lagi dan rakyat terpaksa mengundi sekali lagi bagi seluruh negeri yang terlibat?

Atau hanya akan senyap sepi sahaja kerana “ini kerajaan kami, suka hati kami”? Renungkanlah.

Haji Aminuddin Yahaya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button