Berita UtamaDunia

92 petugas PBB terkorban akibat serangan ganas Israel

Kematian paling ramai dalam tempoh masa singkat

GAZA, 26 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Kira-kira 92 kakitangan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terkorban di Semenanjung Gaza sepanjang lebih sebulan peperangan yang berterusan, kata pesuruhjaya badan dunia itu kepada agensi berita Anadolu.

Menerusi temu bual dengan media tempatan Switzerland, Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, kira-kira 13,000 kakitangan PBB yang ditempatkan di Semenanjung Gaza dan badan dunia itu tidak pernah mengalami kematian yang ramai dalam tempoh masa yang terlalu singkat.

“Lebih 700,000 penduduk kini telah melarikan diri ke sekolah yang ditubuhkan oleh UNRWA untuk berlindung.

“Bagaimanapun, lebih 50 daripada kemudahan badan dunia itu kini telah musnah angkara rejim Zionis dan menyebabkan ribuan penduduk yang berlindung cedera selain ratusan yang lain terkorban,” katanya.

Malah, Lazzarini berkata, perpindahan dari wilayah utara Gaza juga tidak menjaminkan keselematan berikutan serangan bom berterusan sepanjang masa tanpa henti.

Katanya, satu pertiga daripada petugas PBB kini menjadi serangan bom oleh rejim pengganas.

Beliau meluahkan rasa terkejut dengan situasi di Gaza.

“Keadaan di sini sangat menyayat hati, rakyat di Gaza kekurangan segala-galanya, mereka telah melarikan diri ke sekolah UNRWA dan meminta makanan asas seperti roti dan air.

“Bukan setakat itu sahaja, mereka juga kekurangan bekalan api dan sekiranya keadaan berterusan dalam dalam masa terdekat ini, kemudahan utama tidak akan berfungsi lagi,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button