Berita UtamaDunia

Proses hantar bantuan ke Gaza terhad kerana cuaca terlalu sejuk

Hanya 3 lori bawa bekalan makanan masuk ke wilayah terkepung

GAZA, 6 Jamadilawal 1445H, Isnin – Bantuan kemanusiaan termasuk bekalan makanan kepada penduduk Gaza terlalu terhad berikutan kekurangan bahan api selain faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Pengarah Program Makanan Sedunia (WFP), Samer Abdeljaber berkata, hanya beberapa lori sahaja dibenarkan menghantar makanan kepada penduduk Gaza yang terputus bekalan makanan sejak beberapa hari lalu.

“Pasukan kami sudah berada di lapangan tetapi cuaca yang terlalu sejuk menyebabkan proses penghantaran menjadi terhad.

“Keadaan cuaca yang semakin buruk berikutan Gaza kini telah memasuki musim sejuk menjadikan proses menjadi lebih sukar,” katanya.

Menurut Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, hanya tiga lori minyak dibenarkan memasuk wilayah terkepung.

Sejak Sabtu, tiada lagi lori bantuan kemanusiaan memasuki Gaza melalui Mesir.

Semenanjung Gaza kini berdepan krisis kemanusiaan yang teruk sejak bulan lalu selepas rejim Zionis melancarkan serangan ganas dan sekatan ketat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button