Berita UtamaDunia

Syria berang rejim Israel tembak mati bekas Ahli Parlimen

12 tahun penjara di Israel selepas dipenjara pada 1985

KAHERAH, 10 Rabiulawal 1443H, Ahad – Syria mendakwa tentera haram Israel menembak mati bekas Ahli Parlimen Syria, Medhat Al-Saleh yang telah menghabiskan masa 12 tahun penjara di negara pengganas itu.

Agensi berita negara Syria SANA mengatakan, Saleh ‘meninggal dunia selepas Israel menyasarkan tembakan terhadap beliau ketika pulang ke rumah’ semalam di Ain al-Tineh, sebuah kampung di Syria berhampiran Bukit Golan yang diduduki Israel.

Kerajaan Syria mengecam ‘tindakan jenayah pengecut itu’.

Jurucakap tentera Israel bagaimanapun mengatakan tentera tidak mengulas laporan asing.

Kerajaan berkata, Saleh telah menghabiskan masa selama 12 tahun penjara di Israel selepas dipenjarakan pada 1985 atas tuduhan ‘menentang’ pihak berkuasa Israel.

Beliau kemudiannya berkhidmat di Parlimen Syria. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button