Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaIstimewa

Perbuatan King Sing gambarkan pencerobohan tata kelola kerajaan

Anwar mesti berani tegaskan tindakan Menteri MOTAC tak beradab

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 15 Zulhijjah 1444H, Selasa – Datuk Seri Tiong King Sing sekali lagi menjadi perbualan hangat, selepas dilaporkan tidak hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku pegawai Imigresen.

Media melaporkan, individu warga China yang didakwa akan dibawa bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ke SPRM juga tidak kelihatan.

Difahamkan, Ahli Parlimen Bintulu itu sepatutnya hadir ke suruhanjaya tersebut bagi memberi keterangan berhubung dakwaan kononnya wujud amalan rasuah dalam kalangan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebelum ini, King Sing mengakui beliau merupakan individu yang dilaporkan terbabit dalam kekecohan di ruang ketibaan antarabangsa KLIA.

Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan bahawa kekecohan yang timbul itu bukanlah seperti dilaporkan yang mana menuntut JIM membebaskan pelawat dari China.

Sebaliknya, dakwanya, kehadirannya di KLIA membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

Selain itu, King Sing turut menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.

Beliau turut mendakwa video itu dirakam oleh pegawai Imigresen yang berada di tempat kejadian – tindakan yang didakwanya sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.

Mengulas perkara itu, Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Kerajaan Madani itu sebagai tidak beradab, justeru beliau menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya.

“Perdana Menteri mesti berani mengatakan bahawa tindakan Tiong King Sing adalah tindakan tidak beradab sebagai seorang menteri,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Dalam perkembangan sama, beliau meminta Anwar memberi penjelasan mengenai tata kelola yang dibawa Perdana Menteri itu memandangkan insiden kekecohan membabitkan menteri pada Khamis lalu mencerminkan tadbir urus kerajaan.

“Apakah maksud tata kelola yang dibawa oleh Perdana Menteri.

“Tindakan Tiong King Sing adalah mengambarkan pencerobohan kepada tata kelola itu sendiri,” katanya.

Pautan berkaitan;

Bersatu desak Menteri MOTAC dikenakan tindakan

King Sing perlu letak jawatan, konon dedah rasuah tapi masih sepi dari sebarang bukti

Polis buka KEP kes kekecohan di KLIA

Bongkar rasuah di KLIA bukan tugas hakiki King Sing


https://ismaweb.net/2023/07/01/sprm-siasat-dakwaan-budaya-rasuah-babit-penguat-kuasa-di-klia/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button