Berita Utama

Puad dakwa PAS ‘mode denial’ kerana taasub pemimpin

'Cemerlang tapi kalau tak taasub, tunggulah masa untuk disingkirkan'

BANGI, 21 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa pertandingan dalam PAS hanya berlaku jika pemimpin tertentu mahu disingkirkan.

Beliau dalam kenyataan membidas kembali Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang sebelum ini mempertahankan keputusan mengekalkan penyandang lima jawatan ‘top 5’ parti itu.

Kenyataan Ahmad Fadhli itu dibuat susulan menjawab Mohd Puad yang mendakwa budaya ‘taasub’ kepada pemimpin menyebabkan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengekalkan jawatan masing-masing.

Ahmad Fadhli menegaskan, taasub bukan punca tiada pertandingan lima jawatan tertinggi di dalam PAS, tetapi parti sudah kuat dan tiada keperluan untuk menukar pemimpin.

Membalas kembali Ahmad Fadhli, Mohd Puad menganggap PAS dalam berada ‘mode denial’, gara-gara taasub kepada pemimpinnya.

“Cemerlang tetapi jika tidak taasub kepada pemimpin maka tunggu masa untuk disingkirkan. Sebab itu pertandingan atau tukar pemimpin hanya berlaku jika ada pemimpin yang mahu dijatuhkan.

“Proksi digunakan untuk jatuhkan mereka. Itu sebab wujudnya parti Amanah. Mereka disisihkan kerana tidak lagi taasub kepada Haji Hadi, (dan) mempersoalkan kepimpinan Hadi.

“Itu juga yang berlaku kepada Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Nik Abduh. Mereka dikalahkan kerana tidak taasub membabi buta,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button