Dunia

Israel telanjangkan puluhan orang awam Palestin

Tindakan zalim Zionis turut babitkan kanak-kanak, warga emas

GAZA, 13 Jamadilakhir 1445H, Selasa – Bukan sekadar membedil Gaza tanpa henti, tentera pengganas Israel turut menangkap dan menyeksa puluhan orang awam Palestin di wilayah terkepung itu.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, rejim Israel mengumpulkan puluhan orang awam Palestin di taman permainan di utara Gaza selepas memaksa mereka menanggalkan pakaian.

Dalam video yang dikongsi di media sosial pada Isnin, orang awam Palestin – termasuk kanak-kanak dan warga emas – dilihat ditahan oleh Zionis dalam keadaan tidak berpakaian.

Video itu juga memaparkan kereta kebal Israel menghala ke arah warga Palestin yang ditahan.

Bagaimanapun, nasib kesemua mereka tidak diketahui kerana tentera Israel masih belum mengulas mengenai video terbabit.

Israel telah menyerang Gaza sejak 7 Oktober lalu dan membunuh sekurang-kurangnya 20,700 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 54,536 yang lain.

10 November lalu, jurucakap Kementerian Luar Israel menyemak semula jumlah kematian rasmi akibat serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober, dan menurunkan angka sekitar 1,200 orang di mana sejak itu Tel Aviv tidak memberikan sebarang maklumat tambahan mengenai mangsa.

Serangan dahsyat rejim juga menyebabkan kemusnahan teruk hampir keseluruhan bandar Gaza, termasuk mengakibatkan kira-kira dua juta penduduk hilang tempat tinggal.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button